Aznan Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Penolong Gabenor berkuatkuasa 1 Julai ini.

Aznan akan bertanggungjawab terhadap Jabatan Pemantauan
Pembayaran, Jabatan Penyeliaan Konglomerat Kewangan, Jabatan
Penyeliaan Perbankan, Jabatan Penyeliaan Insurans dan Takaful serta Jabatan Pakar Risiko dan Penyeliaan Teknologi.

Sebelum pelantikan ini, Encik Aznan pernah berkhidmat di beberapa jabatan termasuk Jabatan Penyeliaan Konglomerat Kewangan, Pejabat Gabenor, Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan, Jabatan Pembangunan Sektor Kewangan, Unit Perisikan Kewangan dan Jabatan Pengawalan Bank.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perakaunan daripada University of Bristol, United Kingdom.. – MalaysiaGazette