Hamid Bador tamatkan zaman duda dengan memilih pegawai polis sebagai teman hidupnya dalam majlis perkahwinan yang berlangsung semalam. Foto: media sosial,

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menamatkan zaman duda beliau apabila memilih pegawai polis sebagai teman hidupnya.

Abdul Hamid difahamkan telah melangsungkan perkahwinan dengan Deputi Superintenden(DSP) Fazreena Abdul Karim yang bertugas di Muzium Polis di Bukit Aman.

Gambar perkahwinan bekas Ketua Polis Negara itu tular di laman media sosial sejak semalam.

Menerusi laporan media, isterinya dipercayai turut mengesahkan perkahwinan dengan Abdul Hamid melalui satu tangkap layar perbualan melalui aplikasi Whatsapp.

Abdul Hamid Bador menjawat jawatan Ketua Polis Negara secara kontrak selama dua tahun, 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021, dan beliau digantikan Timbalannya, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau memegang pelbagai jawatan dalam pasukan polis di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman sebelum itu. – MalaysiaGazette