Datuk Seri Yahaya Othman menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai polis sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-217 peringkat Kontinjen Pahang di Dewan Badminton, Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Akar

KUANTAN- Seramai 228 pegawai dan anggota polis Pahang akan memantau 25 laluan utama di sekitar Pahang yang selalu berlaku kemalangan sempena tiba menjelang Hari Raya Aidilfitri April nanti.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menjangka Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) Bentong-Raub akan mengalami kesesakan ketika itu.

“Pegawai dan anggota yang  akan berada di lokasi utama ditempatkan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Ada 25 lokasi utama yang dikenal pasti, kita akan jalankan rondaan dan kawalan lalu lintas,” katanya.

Yahaya  demikian ketika ditemui sejurus perhimpunan sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-217 peringkat Kontinjen Pahang di Dewan Badminton, Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Akar hari ini.

Justeru beliau meminta agar semua pengguna jalan raya dan tidak memotong garisan dan lebih bersabar berhadapan kesesakkan jalan.

Selain itu, katanya, ramalan berlaku kesesakan lalu lintas bermula pada 5 April depan dan selepas raya  iaitu pada 13 dan April apabila pengguna jalan raya pulang ke destinasi semula.

Bagi menangani isu kesesakan pihaknya dijangka mengadakan Ops Lancar untuk memastikan keadaan berjalan lancar. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here