KUALA LUMPUR – Bintang Bolywood terkemuka, Amitabh Bachchan dan anaknya anaknya yang juga pelakon Abhishek disahkan positif Covid-19.

Kedua-dua mereka dimasukkan ke hospital Mumbai pada semalam selepas mengalami gejala ringan.

Beliau turut meminta kontak rapatnya dalam tempoh 10 hari lalu membuat ujian saringan dengan segera.

“Saya disahkan positif Covid…dipindahkan ke hospital.

“Semua orang yang dekat dengan saya dalam 10 hari lalu diminta menjalani ujian!” Amitabh berkata menerusi Twitter.

Untuk rekod, India mencatatkan 820,916 kes positif Covid-19 sehingga semalam, ketiga tertinggi di dunia dengan 22,123 kematian. – MalaysiaGazette