Asap dan debu tebal di ruang udara selepas Anak Krakatau meletus. foto Agensi

JAKARTA – Gunung berapi Anak Krakatau meletus dengan mengeluarkan lava serta asap dan debu tebal.

Kali terakhir ia meletus pada tahun 2018 hingga mencetuskan tsunami yang mengorbankan beratus nyawa.

Imej satelit menunjukkan debu tebal beberapa kilometer di udara dan asap setinggi 15 kilometer.

Volcanodiscovery.com berkata, letusan gunung berapi itu kelihatan sungguh kuat berbanding kejadian pada 22 Disember 2018.

Selepas letusan itu, para sainstis mendakwa, kepulaian itu berkurangan kira-kira suku daripada saiz sebelumnya.

AP melaporkan pada masa itu Anak Krakatau bersaiz 40 hingga 10 juta meter padu (1.4 bilion-2.4 bilion kaki padu) dan kehilangan 150-180 juta meter padu (5.2 bilion-6.3 bilion kaki padu) selepas berlaku letusan pada tahun 2018 dan tsunami, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia.

Analisis itu menunjukkan tsunami telah melenyapkan lebih dari 300km dari pantai di Sumatera dan Jawa.

Lebih 420 orang mati dipukul ombak setinggi dua meter (6.6 kaki) atau lebih tinggi. – MalaysiaGazette