Jolie
Saat bahagia. Angelina Jolie dan Brad Pitt bersama anak-anak mereka ketika menghadiri tayangan perdana file Maleficient di Hollywood pada 2014.

LOS ANGELES- Angelina Jolie mendakwa bekas suaminya yang juga seorang aktor, Brad Pitt gagal memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anak mereka.

Jolie dengan itu meminta mahkamah mengarahkan Pitt menunaikan tanggung jawabnya.

“Menjadi tanggung jawab Pitt untuk membayar nafkah anak-anak dan setakat ini beliau gagal memberikan nafkah yang secukupnya sejak mereka berdua berpisah,” kata peguam Jolie, Samantha Bley DeJean.

Kes tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles.

Menurut seorang jurucakap Jolie, pelakon Lara Croft itu membawa kes tersebut ke mahkamah sebagai langkah penamat kepada perkahwinan mereka, sekaligus membolehkan beliau dan Pitt menunaikan tanggung jawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Sumber yang rapat dengan perkara tersebut berkata, kenyataan mahkamah menyebut “Brad Pitt memenuhi tanggung jawabnya selama ini.”-Agensi