Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy memberikan penerangan berkenaan 1MDB pada Program Isu Semasa Bersama Arul Kanda di Lucky Garden Bangsar, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 07 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kansadamy  dipecat berkuat kuasa semalam.

Difahamkan, syarikat pelaburan strategik kerajaan membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 25 Jun lalu.

Arul Kanda mula dilantik ke jawatan itu pada Januari 2015 bagi mengubah nasib 1MDB yang berdepan masalah kewangan ketika itu.

Beliau pernah mengetuai bahagian pelaburan Bank Perdagangan Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu sebelum pulang ke Malaysia pada kemuncak krisis kewangan yang melanda 1MDB pada 2014.

Sebelum ini, Arul dilanjutkan kontrak selama 6 bulan bermula 1 Januari lalu dan sepatutnya tamat esok.

Awal Mei lalu, Arul telah dipecat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bandar Malaysia Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd.

Beliau dipecat dua hari selepas 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia gagal dijual kepada Konsortium Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH)-China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Bandar Malaysia dan TRX City diambil alih oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF) daripada 1MDB pada 31 Mac lepas. -MalaysiaGazette.