BAKU – Azerbaijan dan Armenia bertukar mayat tentera yang terkorban dalam pertempuran di bandar Susha di wilayah Karabah, kata Kementerian Pertahanan Azerbaijan

Menurut kenyataan kementerian itu, mayat anggota tentera diambil menerusi pasukan pengaman Rusia sebagai pengantara yang bertugas di wilayah Nagorno-Karabakh, Azerbaijan.

“Sebagai sebahagian daripada tindakan kemanusiaan, mayat anggota tentera Armenia diambil dan diserahkan kepada Armenia.

“Dalam rangka kerja tindakan ini, mayat enam angoota tentera Azerbaijan semasa pertempuran di bandar Susha telah diterima,” kata kenyataan itu seperti dilapor akhbar, Hurriyet Daily.

Hubungan antara kedua-dua negara tegang sejak 1991 apabila tentera Armenia menceroboh Nagorno-Karabak yang diiktiraf sebagai sebahagian wilayah Azerbaijan.

Pertempuran terbaharu berlaku pada 27 September lalu apabila tentera Armenia terus menyerang orang awam dan tentera Azerbaijan yang mana tindakan tersebut mencabuli perjanjian genjatan senjata selama 44 hari.

Baku membebaskan beberapa bandar dan kira-kira 300 penempatan dan kampung daripada pencerobohan Armenia ketika ini.

Pada 10 November lalu, kedua-dua negara menandatangani perjanjian, yang mana RTusia menjadi orang tengah, untuk menamatkan perperangan dan berusaha ke arah mewujudkan satu resolusi yang komprehensif. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tahniah Azerbaijan kerana dapat membebaskan negara dari penjajahan kafir harbi! Ianya perjuangan mereka2 yang syahid!

    Sama2 doakan supaya tanah2 Islam Palestine pula dapat dibebaskan oleh penjajahan Yahudi! Jom doakan juga agar Imam Mahdi cepat dibaiatkan untuk mengetuai pasukan ketenteraan Islam!

Comments are closed.