KUALA LUMPUR – Selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari sah bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana.

Gambar majlis pernikahanmya kini mulai tersebar menerusi aplikasi TikTok.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan di sebuah hotel dan resort terkemuka di Bali iaitu Amankila.

Bunga Citra Lestari (BCL) mengenakan busana kebaya rona putih.

BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah.

Perkahwinan mereka bertahan selama 12 tahun apabila Ashraf disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 2020. – MalaysiaGazette