Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan telah diminta mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membincangkan tentang elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).

Menterinya, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau akan memantau perkembangan ini.

“Keperluan setiap kementerian pastinya berbeza dan ini wajar di bawa ke Kabinet sekali lagi akhirnya,” katanya melalui ciapan di Twitter.

Artikel berkaitan:Pemansuhan elaun kritikal hanya babitkan pelantikan mulai 1 Januari 2020

Mansuh elaun: Penjawat awam bertambah malang

Tarik balik pemansuhan elaun kritikal – Pas

Anwar syor kaji semula pemansuhan elaun BIPK

Semalam, Dr Dzulkefly melahirkan harapan agar JPA memberi penjelasan yang baik mengenai dasar baharu yang menyaksikan pemansuhan elaun kritikal ke atas kementerian itu dan 33 skim perkhidmatan awam.

Beliau berkata, pemansuhan elaun BIPK adalah langkah penjajaran pelaksanaan pemberian oleh kerajaan.

“Pemansuhan terpakai ke atas KKM & kesemua 33 skim Perkhidmatan Awam..Aduuh!” katanya. – MalaysiaGazette

Pemansuhan terpakai ke atas KKM dan semua 33 skim perkhidmatan awam… Aduuh! – Menteri