Datuk Boy Iman foto AFFAN FAUZI, 09 OGOS 2017

MUAR – Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk NorulĀ­iman A. Rahman atau dikenali sebagai Boy Iman direman lagi selama dua hari bermula hari ini.

Dia yang berusia 37 tahun ditahan reman sehingga 6 Oktober ini selepas perintah tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar, Nor’iza Mohamed.

Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian beberapa mangsa dengan menipu dalam projek pembinaan rumah.

Akhbar melaporkan, pada 2 Oktober lepas, Boy Iman bersama dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources ditahan dalam dua tangkapan berasingan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dan sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 45 tahun itu ditahan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta. – MalaysiaGazette.