Gambar menunjukkan peta lokasi banjir di Chicago. Foto: Twitter

CHICAGO – Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan  (NWS) mengeluarkan amaran banjir kilat di sebahagian perairan Illinos termasuk kawasan metro di utara Chicago.

Hujan lebat sudah menenggelamkan jejambat, mengakibatkan banyak kereta terkandas selepas air memasuki ke dalam ruang bawah tanah.

Gambar dan video kereta yang tenggelam di bawah jejambat dikongsikan oleh penduduk Chicago menerusi media sosial.

Meskipun begitu, Chicago Bears tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk membatalkan perlawanan bola sepak bersama San Francisco 49ers pada waktu tengah hari tempatan (1700GMT) selepas memuat naik video pasukan memanaskan badan di padang dalam keadaan hujan lebat.

Walaupun selepas hujan lebat berakhir sekitar jam 11 pagi, NWS memberi amaran jalan raya akan terus dibanjiri sehingga air surut.

Menerusi Twitter, penduduk digesa untuk mengelak daripada memandu di  kawasan rendah kerana dikhuatiri di tengah-tengah banjir kilat.

Panel Antara Kerajaan berhubung Perubahan Iklim meramalkan banjir yang lebih besar akan melanda Midwest.

Menurut Pejabat Pengurusan Air Chicago,  hujan lebat  sukar diramalkan walaupun trendnya meningkat sejak beberapa tahun kebalakangan ini. – Reuters