Dalic( berbaju putih dipujuk pembantunya setelah sebak kerana kegembiraan skuad Croatia mara ke separuh akhir menundukkan Rusia semalam.

MOSCOW – Croatia mempunyai tenaga dan semangat yang mencukupi untuk berdepan England pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2018 Rusia.

Croatia menjinakkan tuan rumah Rusia pada aksi suku akhir yang penuh dramatik semalam menerusi sepakan penalti.

Croatia akan bertemu England Rabu ini untuk perhitungan ke final 15 Julai ini.

“Saya perlu mengakui England mempunyai kuasa luar biasa,” kata Pengurus pasukan Crotia Zlatko Dalic.

“Ia bukan perlawanan menarik, sebenarnya pertarungan hidup mati ke separuh akhir.

“Namun kami berjaya mengharunginya dengan bergaya menjinakkan tuan rumah, kami bernasib baik kerana kali kedua layak ke separuh akhir setelah kali terakhir melakukannya pada tahun 1998,” katanya.

Katanya pasukannya masih mempunyai dua perlawanan penting sebelum menjulang piala berprestij dunia.

“”Kami akan berdepan perang besar dengan England. kami tidka akan berhenti di sini. Pasukan kami bersemangat,” katanya.

Dalic sebak kerana tidak tahan kegembiraan pasukannya laya ke pusingan separuh akhir.- MalaysiaGazette