Gambar hiasan

NEW DELHI – Orang ramai yang membakar mercun di ibu negara India semasa Diwali akan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Alam Sekitar kerana India mengalami tahap pencemaran yang semakin teruk di ibu negara India itu.

New Delhi adalah kota yang paling teruk tercemar di dunia.

September lalu, Kerajaan New Delhi telah mengenakan larangan sepenuhnya terhadap pengeluaran, penjualan dan penggunaan semua jenis mercun sehingga 1 Januari 2023.

Larangan ini telah dikuatkuasakan sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini, Kerajaan India telah mengenakan denda 200 rupee (AS$2.41) terhadap mereka yang ditangkap kerana membakar mercun.

Namun, Gopal Rai berkata, sesiapa yang didapati menyimpan atau menjual bunga api akan berdepan denda sehingga 5,000 rupee dan penjara tiga tahun.

Untuk memastikan amaran ini dipatuhi, sebanyak 408 pasukan – terdiri daripada pegawai polis dan pegawai pencemaran dikerah untuk memantau pelaksanaan peraturan itu. – Agensi