Sebuah dormitori terbakar di Seoul mengakibatkan seurang-kurangnya tujuh orang penghuninya meninggal dunia.

SEOUL – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan 11 individu mengalami kecederaan apabila sebuah domitori kos rendah terbakar di sini.

Kebakaran bangunan enam tingkat itu pada pukul 5 pagi ini dipercayai bermula di tingkat tiga, menurut jabatan bomba. Api berjaya dipadamkan dua jam kemudian.

“Kami mengambil kenyataan seorang saksi yang menyatakan bahawa kebakaran bermula di sebuah bilik berhampiran pintu masuk di tingkat tiga.

“Mereka yang berada dalam bangunan menghadapi kesukaran untuk keluar kerana api marak di pintu ,” kata seorang pegawai bomba seperti dipetik agensi berita, Yonhap.

Kira-kira 50 orang menghuni di kediaman tersebut yang mana kebanyakannya tinggal di tingkat dua dan tiga.

Mereka yang terbunuh dan tercedera berumur antara 40 hingga 60 tahun, kata para pegawai.

Menurut para pegawai, angka korban mungkin meningkat. – Agensi