Elon Musk. foto Twitter

WASHINGTON – Elon Musk akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter sebaik sahaja beliau mendapat pengganti untuk mengambil alih jawatan itu.

“Saya akan meletakkan jawatan sebagai CEO sebaik sahaja saya menemui seseorang yang cukup ‘bodoh’ untuk mengambil tugas itu!,” kata beliau menerusi Twitter.

Menurut Musk, beliau hanya akan terlibat bersama pasukan perisan dan perayauan.

Musk membuat pengumuman itu susulan daripada hasil tinjauan yang dibuat menerusi Twitter.

Menerusi tinjauan itu beliau bertanya sama ada beliau perlu meletakkan jawatan sebagai ketua blog mikro dan platform media sosial, yang diambil alih awal tahun ini dalam perjanjian berprofil tinggi bernilai AS$44 bilion.

“Saya akan mematuhi keputusan tinjauan pendapat ini,” katanya.

Lebih 17.5 juta orang mengundi di seluruh dunia, dengan majoriti jelas 57.5 peratus mengatakan ya berbanding hanya 42.5 peratus mengatakan tidak. – MalaysiaGazette