LONDON – Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) akan mencadangkan supaya kejohanan Euro 2020 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada Liga Serie A Itali selesai.

Minggu lalu, liga bola sepak negara itu, Serie A ditangguhkan gara-gara penularan wabak COVID-19.

Menurut Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali, Gabriele Gavina, cadangan itu akan dikemukakan ketika mesyuarat tergempar EUFA Selasa ini.

Mesyuarat berkenaan bakal dihadiri 55 anggota kesatuan.

Euro 2020 dijadual berlangsung 12 Jun hingga 12 Julai di beberapa venue seluruh Eropah.

FIGC sebelum ini merangka beberapa alternatif bagi menyelesaikan isu penangguhan Serie A.

Ini termasuk menawarkan play-off, cadangan tiada kejuaraan untuk musim 2019-2020, atau isytihar kedudukan terkini sebagai keputusan akhir. – MalaysiaGazete