KUALA LUMPUR – FlyFirefly Sdn Bhd yang mengendalikan Firefly memaklumkan penerbangan ke Singapura digantung berkuatkuasa 1 Disember ini.

Anak syarikat Malaysia Airlines Berhad itu berkata, penggantungan itu berkuatkuasa sehingga Singapura menyelesaikan perkara berkaitan rancangan operasi turbo-prop dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ke Seletar.

“Firefly tidak diberikan tempoh masa yang pasti oleh pihak berkuasa berhubung penangguhan itu,” katanya melalui Facebook.

Syarikat penerbangan itu berkata, ia sedang mengatur perjalanan untuk semua penumpang yang terjejas. – MalaysiaGazette