Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah Mohamad Ali diiringi Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa (kiri) meluangkan masa melawat ruang pameran pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-60 Balai Seni Negara di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 04 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertegas tidak akan memberikan sebarang visa dan kebenaran kepada warga asing yang membeli rumah di Forest City.

Katanya warga asing boleh membeli hartanah di kawasan itu namun tidak sesekali akan mendapat sebarang visa sekiranya berbuat demikian.

“Mereka (warga asing) boleh beli hartanah tapi kerajaan tidak akan beri visa kepada mereka untuk datang dan tinggal di negara ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan 60 tahun Balai Seni Negara, sebentar tadi.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mempunyai syarat sedia ada bagi warga asing membeli rumah di negara ini.

Sekiranya mereka masih mahu menjadikan Malaysia sebagai kediaman tetap boleh membuat permohonan menerusi program Malaysia My Second Home (MM2H).

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Dr Mahathir dilaporkan berkata, rakyat asing tidak akan dibenarkan membeli unit kediaman di projek itu, selain kerajaan tidak akan memberikan visa kepada warga asing untuk tinggal di negara ini. -MalaysiaGazette