Fromula 1 bersedia untuk menguatkuasakan peraturan baharu pembangunan enjin kereta perlumbaan menjelang 2021

MONACO – Peraturan baharu enjin kereta Formula Satu untuk 2021 dijangka siap menjelang Jun ini.

Liberty Media yang memegang hak komersial dan badan Persekutuan Automobil Antarabangsa menyatakan keyakinan itu setelah mengadakan perjumpaan dengan kesemua pasukan F1 pada GP Monaco minggu lalu.

Kedua-dua pihak itu telah mengadakan pertemuan meja bulat untuk mengemaskini perancangan masa depan perlumbaan dan bos F1, Toto Wolff memberitahu pemberita bahawa usaha sedang dilaksanakan dalam beberapa bidang.

“Saya rasa peraturan enjin hampir siap untuk dimuktamadkan segera,” katanya apabila ditanya mengenai hasil mesyuarat pada Jumaat lalu.

Kata beliau, pihaknya mempunyai satu lagi perkara utama yang perlu ditangani segera iaitu pembangunan enjin kereta F1.

“Kami perlu mengelak perbelanjaan berganda pada pembangunan enjin untuk dua tahun akan datang,” ujar beliau.

Pada April lalu, badan sukan permotoran itu mengumumkan ia mahu menjimatkan kos perlumbaan selain memastikan pengagihan keuntungannya secara saksama.

Peraturan enjin dan kontrak pasukan F1 akan tamat pada penghujung 2020. – MalaysiaGazette