Seorang lelaki berjalan di kawasan Heng Fa Chuen, yang dilanda taufan Hato. foto Agensi

HONG KONG – Taufan Hato yang melanda selatan China telah mengorbankan membunuh 10 orang penduduk.

Angin kencang dan hujan lebat menyebabkan kebanyakan jalan raya dinaiki air dan beribu-ribu penduduk terpaksa mencari tempat perlindungan.

Ribut itu menyebabkan amaran 10 dinaikkan di pulau tersebut.

Kejadian lima mangsa yang terkorban itu berlaku di Macau apabila kereta ditenggelami air dan orang ramai terpaksa berenang di sepanjang jalan bagi menyelamatkan diri.

Seorang lagi mangsa mati selepas cedera parah dihempap dinding akibat angin kencang, seorang lagi jatuh dari tingkat empat di sebuah kediaman teres.

Manakala seorang pelancong lelaki China maut dihempap dengan van.

Lebih 120 orang lagi cedera akibat tiupan angin ribut dan hujan lebat. – MalaysiaGazette