Kebakaran Hotel Kandawgyi Palace memusnahkan hotel yang menjadi tempat tumpuan pelancong. foto Agensi

YANGON – Seorang maut selepas kebakaran besar berlaku di hotel lima bintang, Hotel Kandawgyi Palace yang popular dengan pelancong asing.

Setakat ini tidak dipastikan jumlah mangsa yang maut atau cedera dalam kebakaran itu.

Tetapi sekurang-kurangnya seorang anggota bomba mengalami sesak nafas.

Menurut laporan media, kebakaran itu yang bermula di tingkat atas merebak sehingga tingkat bawah. – MalaysiaGazette