Waytha Moorthy. Foto AFFAN FAUZI.

SUBANG – Tidak menjadi kesalahan sebaliknya penganjur Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) mempunyai hak untuk menganjurkan program tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha berkata, walaupun memiliki tujuan tertentu, himpunan itu merupakan sebahagian daripada proses kebebasan di negara.

Apa yang penting tegas beliau, perpaduan kaum masih kekal terpelihara di negara ini.

“(HPU) adalah sebahagian daripada kebebasan dan ada tujuan tertentu.

“Mereka mempunyai hak mengadakan himpuan dan yang penting perpaduan rakyat terus dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Kompleks Sekolah Wawasan USJ15 di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan), Waytha Moorthy meluangkan masa beramah mesra dengan sebahagian pelajar dari tiga jenis buah sekolah semasa mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Sekolah Wawasan di USJ 15, Subang Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 13 SEPTEMBER 2019

Beliau diminta mengulas program HPU anjuran UMNO dan Pas yang bermula hari ini dan menimbulkan skeptikal di kalangan segenlintir pihak yang melihatkan sebagai perpaduan satu kaum sahaja.

Kemuncak HPU dalah menandatangani Piagam Penyatuan di antara dua parti terbesar Melayu di negara ini. – MalaysiaGazette