i-Sinar, Ada Pihak Ambil Kesempatan Menipu | EDISI MG 3ptg – 25 Dis 2020

Membimbangkan apabila wujud sindiket penipuan telah menjual nama program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjerat mangsa menyerahkan hasil titik peluh mereka.

Sinchew Daily melaporkan, khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur penipuan berleluasa kebelakangan ini dengan mendakwa akaun bank pengguna dibekukan semasa bank sedang mengendalikan urusan i-Sinar.