Peluru berpandu antara benua Hwasong 14 yang dilancarkan Korea Utara. foto Reuters

PYONGYANG – Ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) oleh Korea Utara adalah hadiah kepada Amerika Syarikat sempena Hari Kemerdekaan negara itu, menurut laporan agensi berita KCNA yang memetik Kim Jong-un sebagai berkata.

Peluru itu berupaya membawa kepala peledak yang besar dan berat.

Selepas mengawasi pelancaran ICBM secara peribadi, KCNA melaporkan, Jong-un berkata: “b ** tards Amerika tidak akan sangat gembira dengan hadiah ini yang dihantar pada ulang tahun 4 Julai”.

Sambil ketawa, Jong-un menambah;”Kita perlu menghantar mereka hadiah sekali sekala untuk memecahkan kebosanan mereka”.

KCNA memetik Jong-un yang memantau ujian itu dan memeriksa peluru berpandu Hwasong-14 dan melahirkan kepuasan berkata, ia (peluru berpandu) itu kelihatan segak seperti seorang budak lelaki yang tampan.

Korea Utara dan Korea Selatan telah terpisah sejak peperangan pada tahun 1953 dan peperangan itu dihentikan melalui gencatan senjata dan bukan perjanjian damai.

Pyongyang mengatakan ia memerlukan senjata nuklear untuk mempertahankan diri terhadap ancaman pencerobohan. – MalaysiaGazette