Imran Khan
Imran Khan

ISLAMABAD – Bekas pemain kriket, Imran Khan hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Pakistan yang ke-22, lapor The Indian Express.

Pada pilihan raya yang berlangsung pada 25 Julai, yang mana keputusannya diumumkan sehari selepas itu, parti pimpinan Khan, Tehreek-e-Insaf, muncul sebagai pemenang dengan memenangi 116 kerusi.

Parti pembangkang, Pakistan Muslim League (PML) dan Pakistan People’s Party (PPP) masing-masing memenangi 64 kerusi dan 43 kerusi.

Tehreek-e-Insaf tidak mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan memandangkan 172 kerusi perlu dimenangi daripada 342 kerusi yang dipertandingkan.

Semalam, seramai 176 ahli Perhimpunan Negara memberikan undi mereka kepada Khan manakala pesaingnya, Shahbaz menerima 96 undi.

Senario tersebut memberi laluan kepada Khan menjadi Perdana Menteri Pakistan yang baharu. – Agensi