Malaysia Airlines menerima 11 kelulusan ATR.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Japan Airlines Co. mungkin menjadi salah sebuah syarikat yang berhasrat untuk membeli kepentingan dalam Malaysia Airlines Bhd. (MAS).

Menurut laporan The Edge yang memetik sumber sebagai berkata, rundingan peringkat tertinggi telah diadakan bagi tujuan pembelian syarikat penerbangan nasional itu tambahan pula kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Presiden Japan Airlines, Yuji Akasaka pada Jun lalu berkata, masih terlalu awal untuk mengumumkan sama ada syarikat Jepun itu menimbangkan hasrat untuk melabur dalam MAS walaupun terdapat rundingan lanjut.

Panggilan kepada wakil Japan Airlines dan pejabat mereka tidak dijawab disebabkan oleh di luar waktu kerja.

Malaysia mencari lebih banyak perjanjian dengan Jepun antaranya terbitan bon Samurai sehinggalah kepada penjualan aset.

Sebelum ini, sayap pelaburan kerajaan Khazanah Nasional telah menjual 16 peratus kepentingan dalam IHH Healthcare kepada Mitsui &Co pada harga RM8.34 bilion.- MalaysiaGazette