Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis Pelancaran Konsep Rekabentuk Stesen High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 17 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Projek Ikonik Stesen Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR) bakal menyumbang kepada pertumbuhan positif jangka panjang kepada ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia berpotensi membawa satu revolusi perhubungan baharu antara koridor selatan dan barat Semenanjung yang mempengaruhi aktiviti perniagaan dan komunikasi.

“Melihat gambaran awal reka bentuk dan rupa stesen-stesen dalam jajaran keretapi berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura.

“Ia sekali gus menyemarakkan lagi rasa teruja rakyat untuk melihat terlaksana sepenuhnya jajaran keretapi berkelajuan tinggi ini bakal membawa manfaat berlipat kali ganda,” katanya berucap dalam Majlis Pengenalan Konsep Reka Bentuk KL-SG HSR di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan buku konsep Rekabentuk Stesen High Speed Rail (HSR) yang disampaikan daripada Pengerusi MYHSR Corporation, Tan Sri Ali Hamsa pada Majlis Pelancaran Konsep Rekabentuk Stesen High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 17 OKTOBER 2017

Hadir sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Nancy Shukri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Menurut Najib, pembinaan projek ikonik itu bukan sahaja menjadi satu lagi mercu tanda negara malah bakal memberi impak besar kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Ia merupakan penanda aras penting dalam perjalanan kita membina satu lagi mercu tanda dan projek ikonik yang bakal memberi impak yang besar kepada ekonomi dan kesejateraan rakyat,” jelasnya.

Beliau turut menyifatkan projek ikonik ini sebagai projek infra-rakyat yang bakal memberikan pelbagai manfaat positif kepada rakyat negara ini dari awal pembinaanya.

“Ia bukan sahaja menyediakan mod perjalanan alternatif antara dua Selatan Asia Tenggara bahkan sebagai penggerak utama visi ETP untuk mengubah Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi setanding dengan negara-negara dunia pertama,” katanya.

Projek Ikonik Stesen Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura menghubungkan beberapa bandar utama merangkumi Kuala Lumpur, Bangi, Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura. – MalaysiaGazette

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat pameran Konsep Rekabentuk Stesen High Speed Rail (HSR) pada Majlis Pelancaran Konsep Rekabentuk Stesen High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 17 OKTOBER 2017