KUALA LUMPUR – Zon merah penularan COVID-19 mencecah 29 kawasan dengan Kulai, Johor yang kini merekodkan 41 kes disenaraikan dalam zon tersebut.

Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembah Pantai kini merekodkan 604 kes diikuti Hulu Langat (446 kes), Petaling (371 kes) dan Seremban (301 kes).

Kawasan merah yang lain adalah Kuching (258 kes), Kluang (221 kes), Johor Bharu (187 kes), Klang (173 kes), Kepong (149 kes), Gombak (144 kes), Titiwangsa (134 kes), Kuantan (114 kes), Kinta (95 kes), Kota Bharu (90 kes), Cheras 84 (kes), Tawau (79 kes), Jerantut (72 kes), Sepang (70 kes), Jasin (68 kes), Hilir Perak (65 kes), Melaka Tengah (61 kes), Kota Samarahan (59 kes), Putrajaya (55 kes), Rembau (53 kes), Batu Pahat (52 kes), Hulu Selangor (50 kes), Muar 47 (kes) dan Kota Kinabalu (43 kes).

Zon jingga terdapat 15 kawasan iaitu Seberang Perai Tengah (40 kes), Lahad Datu (39 kes), Dungun (36 kes), Kuala Selangor (35 kes), Kuala Muda (35 kes), Besut (33 kes), Timur Luaut (32 kes), Alor Gajah (29 kes), Kuala Langat (27 kes), Kota Setar (27 kes), Seberang Perai Utara (23 kes), Manjung (23 kes), Sabak Bernam (23 kes), Pekan (23 kes), Kota Tinggi (22 kes)

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes. – MalaysiaGazette