"Terdapat 30 kawasan yang disenaraikan sebagai zon merah. Lahad Datu adalah yang terbaharu dalam senarai tersebut," kata KKM.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lahad Datu di Sabah menjadi kawasan baru yang diisytiharkan sebagai zon merah Covid-19.

Dalam kenyataan di media sosial hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan daerah itu dimasukkan dalam senarai zon merah selepas bilangan kes di sana melebihi 40.

Ia berdasarkan jumlah kes positif Covid-19 setakat tengah hari semalam yang menyaksikan terdapat 42 kes di daerah itu.

“Terdapat 30 kawasan yang disenaraikan sebagai zon merah. Lahad Datu adalah yang terbaharu dalam senarai tersebut,” kata KKM di Facebook.

Tawau pula mencatatkan 81 kes dan Kota Kinabalu pula 44 kes.

Berdasarkan pengkelasan zon oleh KKM, kawasan yang memiliki 40 kes ke atas dikategorikan sebagai zon merah. Tiga lagi zon adalah hijau (sifar kes), kuning (antara satu hingga 20 kes) dan jingga (21 hingga 40 kes).

Setakat ini, negeri yang paling banyak zon merah ialah Selangor dengan enam daerah iaitu Petaling (373 kes); Hulu Langat (445 kes); Gombak (144 kes); Klang (173 kes;) Sepang (70 kes) dan Hulu Selangor (50 kes).

Disusuli dengan Kuala Lumpur –  (Cheras (85 kes); Kepong (153 kes); Lembah Pantai (612 kes) dan Titiwangsa (134 kes) manakala Johor – (Batu Pahat (53 kes); Johor Bahru (191 kes): Kluang (222 kes); Muar (47 kes) dan Kulai (45 kes).

Negeri lain dengan zon merah ialah Melaka – Jasin (68 kes) dan Melaka Tengah (51 kes); Negeri Sembilan (Rembau (53 kes) dan Seremban (304 kes); Perak (Hilir Perak (65 kes) dan Kinta(94 kes).

Kelantan pula (Kota Bharu (90 kes); Pahang (Jerantut (72 kes) dan Kuantan (116 kes) dan Sarawak (Kuching (256 kes) dan Kota Samarahan (61 kes).

Putrajaya pula mencatatkan sebanyak 55 kes. -MalaysiaGazette