Azwanddin Hamzah

KUALA LUMPUR – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengecam tindakan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memaparkan bendera Malaysia dengan lima bintang dalam satu majlis perasmian kejohanan sukan itu, semalam.

Presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah menyifatkan perbuatan MABA itu sebagai biadab kerana sengaja memperlekehkan bendera Malaysia.

“Mereka telah memperlekehkan bendera Malaysia dengan sengaja meletakkan logo lima bintang. Ini perbuatan biadap oleh penganjur bola keranjang MABA di Stadium Negara.

“Majlis rasmi yang dianjurkan oleh pihak ini perlu diambil tindakan. Mereka mempunyai niat dan agenda jahat, kerana logo lima bintang adalah komunis,” katanya di sini, hari ini.

Hari ini viral klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan lima bintang bersama logo Westport ditayangkan ketika nyanyian lagu Negaraku pada majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

Video itu tular melalui media sosial, dan MABA dalam kenyataannya hari ini memohon maaf dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan itu.

Menurut Azwanddin, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ke atas MABA sebelum kemarahan rakyat semakin tidak terkawal.

Katanya, bagaimana majlis rasmi dan dianjurkan pula oleh rakyat Malaysia sendiri boleh berlaku seperti itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bendera Indon letak terbalik pun mengamuk kat Malaysia masa sukan sea 2017, Bendera negara sendiri, game kat negara sendiri, penganjur pun oleh negara sendiri, pun boleh silap ke? Rasanya kita dah kena gelak dengan Indon.

Comments are closed.