Thursday, April 25, 2024
Home Sukan MAFA tak sertai Liga Super musim ini

MAFA tak sertai Liga Super musim ini

Foto Facebook MAFA.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) mengumumkan pasukan itu tidak akan menyertai saingan Liga Super musim 2024-25.

Presiden persatuan itu, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, keputusan itu dibuat selepas MAFA mengadakan pertemuan dengan sebuah kelab Liga M3 bagi membincangkan mengenai perkara berkenaan.

Katanya, tiada kata putus dicapai selepas kedua-dua belah pihak tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang dibincangkan.

“Setakat ini, Melaka FA akan menumpukan kepada pasukan pembangunan negeri bagi penyertaan dalam Piala Presiden, Piala Belia, Futsal dan Bola Sepak Wanita bagi meningkatkan lagi prestasi pasukan-pasukan berkenaan.

“Persatuan itu juga memutuskan untuk terus memberi tumpuan kepada struktur petadbiran, kewangan dan penajaan bagi persiapan tahun-tahun mendatang,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette