Sebahagian pengunjung yang melawat Laman Sayur-Sayuran sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2018) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maeps, Serdang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK

KUALA LUMPUR – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2020 (MAHA 2020) yang dijadualkan berlangsung pada 26 sehingga 29 November ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditentukan.

Penangguhan ini disebabkan peningkatan kes Covid-19, kata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Keputusan ini diambil sebagai pendekatan mitigasi kementerian dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini, selain menjamin kelangsungan keselamatan, kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat. – MalaysiaGazette