Pengurus Pemasaran Malaysia Gazette, Zairul Ahsorori (kanan) dan Wartawan Malaysia Gazette, Zazrina Zainuddin (kiri) menyampaikan sumbangan bantuan beras BERNAS kepada Julia Wahab, 57 (tengah) antara salah satu keluarga susah sempena Program Ziarah Malaysia Gazette di PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Atas dasar prihatin dan menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat, Malaysia Gazette menyampaikan sumbangan barangan keperluan iaitu beras kepada dua keluarga di PPR Desa Tun Razak di sini hari ini.

Pengurus Pemasaran Malaysia Gazette, Zairul Ahsorori berkata, program dengan kerjasama Padiberas Nasional Berhad (Bernas) itu merupakan penganjuran kali kedua sepanjang bulan Ramadan ini dalam usaha membantu meringankan beban golongan memerlukan.

“PPR ini merupakan program kedua selepas kami menyampaikan sumbangan beras dan bihun Bernas kepada warga emas pada Program Tautan Kasih Rumah Seri Kenangan di Rumah Seri Kenangan Cheras baru-baru ini.

“Kita sampaikan sumbangan keseluruhan sebanyak 20 kilogram (kg) beras kepada dua keluarga terpilih yang mana setiap keluarga menerima sumbangan 10 kg.

“Secara keseluruhannya, sepanjang Ramadan ini, kita memberi sumbangan berjumlah 187 kg beras dan 13 kg bihun yang merupakan sumbangan daripada Bernas termasuk program bubur lambuk” katanya selepas Program Ziarah Malaysia Gazette di sini hari ini.

Zairul menambah, selain beras, pihaknya turut menziarahi keluarga itu terpilih bagi mendekati dan berkongsi pengalaman golongan yang berdepan kesukaran hidup di bandar.

Sementara itu, seorang penerima yang merupakan ibu tunggal Julia Wahab, 57, melahirkan rasa syukur atas sumbangan yang diberikan dan ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban untuk membuat persiapan hari raya nanti.

“Saya berterima kasih kepada Malaysia Gazette dan Bernas yang memberi sumbangan ini kerana mereka prihatin terhadap kesusahan kami dan melalui pemberian ini sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan hidup pada minggu terakhir bulan Ramadan ini,” katanya yang tinggal bersama seorang perempuan yang juga ibu tunggal dan seorang anak lelaki yang menghadapi masalah kesihatan bersama lima orang cucu.

MGF28052019_Ziarah MG_07
Temubual bersama Julia Wahab,57 salah seorang penerima sumbangan bantuan beras BERNAS sempena Program Ziarah Malaysia Gazette di PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 MEI 2019

Bagi seorang lagi penerima, Zaiton Mat Sam, 45, dia menyifatkan sumbangan beras itu sebagai rezeki kerana dia memiliki keluarga yang ramai.

MGF28052019_Ziarah MG_02
Pengurus Pemasaran Malaysia Gazette, Zairul Ahsorori (kiri) dan Wartawan Malaysia Gazette, Zazrina Zainuddin (dua kiri) mendengar sesuatu yang diperkatakan Zaiton Mat San 45 (kanan) antara salah satu keluarga susah ketika menyampaikan sumbangan bantuan beras BERNAS sempena Program Ziarah Malaysia Gazette di PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 MEI 2019

Menetap di PPR dua bilik itu seramai 12 beranak, dia tidak menyangka keluarganya dipilih kerana mereka perlu berbelanja besar iaitu 50 kg beras bagi tempoh sebulan.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kebajikan Muhibbah Mesra Rakyat Kuala Lumpur turut hadir dan memberi sumbangan kewangan. – MalaysiaGazette