KUALA LUMPUR – Mead Johnson Nutrition Malaysia menasihatkan para pelanggan dan peruncit di seluruh negara untuk memulangkan susu Enfalac A+ Step 1 Infant Formula dalam kotaK 1.8 kilogram bagi mendapatkan penggantian segera susulan laporan mengenai susu tiruan di Johor.

Dalam kenyataannya syarikat tersebut berkata, mereka meminta kerjasama daripada para pelanggan untuk menyokong Program Penukaran Produk yang bermula semalam.

“Kami mahu menghapuskan susu-susu tiruan tersebut dari pasaran sekali gus membolehkan pelanggan untuk mendapatkan produk tulen dan berkualiti tinggi daripada kami yang pastinya selamat untuk diminum.

“Mead Johnson akan mengambil semula stok-stok sedia ada daripada peruncit dan menggantikan mereka dengan Produk Penggantian, sejajar dengan mekanisme program yang sedang dijalankan sekarang.

“Syarikat juga telah membuka hotline Program Penggantian Produk kepada pelanggan.

“Mereka hanya perlu mendail 1-800-3585 (setiap hari pada jam 9 pagi sehingga 11 malam) atau mengisi borang dalam talian di www.enfagrow.com.my untuk mendapatkan butiran lanjut pemulangan produk dan arahan penggantian,” katanya lagi.- MalaysiaGazette