Lakaran artis Aotea Central Over Station Development.

KUALA LUMPUR – Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bekerjasama dengan Panuku Development Auckland (Panuku) untuk membangunkan Aotea Central Over Station Development (OSD) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.3 bilion (NZ $ 452 juta) di tengah bandar Auckland.

Pembangunan semula bandar di atas stesen Aotea City Rail Link itu membabitkan  kawasan seluas 1.08 ekar dengan keluasan kasar lantai kira-kira 45,292 meter persegi (487,520 kaki persegi).

Kawasan ini asalnya adalah tempat letak kereta yang digunakan untuk parkir Majlis Perbandaran Auckland.

Pembangunan baharu ini akan dibangunkan dengan bangunan 21 tingkat secara bercampur-campur dengan ruang runcit dan komersial serta 63 pangsapuri mewah dengan akses bersepadu ke Stesen Aotea.

Pusat bandar ini akan menjadi kawasan tinggal dan bekerja untuk 40,000 penduduk dan 130,000 pekerja.

MRCB adalah firma perintis pembangunan berorientasikan pengangkutan (TOD) di Malaysia

Aotea Central Over Station
Development bakal menjadi mercu tanda baharu di Auckland.

Projek pembangunan OSD ini akan dimulakan selepas selesai pembinaan rangkaian rel bandar Aotea Station pada tahun 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Imran Salim gembira kerana Panuku telah memberikan peluang kepada MRCB untuk menyumbang kepada landskap pembangunan Auckland.

“MRCB sangat gembira untuk memperluas kepakaran TOD untuk pembangunan mercu tanda ikonik di New Zealand.

”Dengan pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman kami dalam membangunkan Kuala Lumpur yang memenangi anugerah Sentral CBD, kami membayangkan OSD akan menjadi TOD penggunaan campuran yang boleh dicontohi yang memberikan sumbangan positif untuk dan meningkatkan pertumbuhan bandar.

”OSD akan menjadi projek pertumbuhan semula bandar inklusif yang memfokuskan keupayaan untuk infrastruktur yang partisipatif, bersepadu, dan mampan, sesuai dengan komitmdn kumpulanini kepada komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Lestari PBB. OSD akan menjadi benar-benar unik dan Matlamat Kemampanan Pembangunan Transformasi untuk Auckland,” katanya. – MalaysiaGazette