Antara jalan utama di Mumbai yang ditenggelami air selepas hujan lebat. foto Agensi

NEW DELHI – Hujan lebat menjejaskan bandar Mumbai yang menjadi pusat kewangan India, serta mengganggu jadual penerbangan dan perkhidmatan kereta api tempatan.

Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam hujan lebat dan ribut petir di Uttar Pradesh yang terletak di utara India.

“Penerbangan dari lapangan terbang Mumbai telah terjejas teruk dan 12 penerbangan antarabangsa telah ditangguhkan dan sekurang-kurangnya dua dibatalkan.

“Lebih 10 penerbangan domestik juga tertangguh akibat hujan,” kata seorang pegawai penerbangan.

Seorang pegawai keretapi pula memberitahu, kebanyakan kereta api lewat lewat 15 minit akibat hujan lebat,” katanya.

Malah, beberapa kes kematian di Uttar Pradesh berlaku di beberapa daerah di negeri ini selama tempoh 24 jam.

“Mangsa-mangsa yang meninggal dunia akibat pokok dan tiang elektrik tumbang, ada yang terbunuh akibat dipanah petir.

“Lima orang maut di daerah Jaunpur dan lima lagi di daerah Sultanpur. Manakala, empat orang meninggal di daerah Unnao dan tiga di Baharaich dan daerah Chandauli,” kata pihak berkuasa.

Saluran TV tempatan menunjukkan rakaman beberapa kawasan rendah di Mumbai yang ditenggelami air menyebabkan pergerakan kenderaan perlahan. – MalaysiaGazette