Bekas Perdana  Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan polis berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini. 
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan Lim Kit Siang mengaitkan Islam dengan kleptokrasi.

Beliau menyelar penasihat DAP itu yang menggunakan istilah yang sering digunakan Pakatan Harapan (PH) untuk menyifatkan kerajaan lama.

“Saya tidak faham obsesi Lim Kit Siang terhadap saya sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan setiap hari untuk menyerang saya secara peribadi, walaupun saya bukan lagi perdana menteri atau presiden UMNO dan BN.

“Tetapi, kenyataan Kit Siang hari ini tentang saya di mana beliau menyamakan Islam dengan ‘kleptokrasi’ jika BN menang PRK Sg Kandis adalah melampaui batas.

“Saya tidak akan dapat menghentikan obsesinya terhadap saya namun, Kit Siang tidak patut memperlekeh agama saya dan dijadikan bahan kempen politik,” tulisnya di Facebook.

Najib memuat naik posting tersebut merujuk kenyataan Kit Siang menggesa pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis menolak UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 Ogos ini.

Dalam kenyataannya, Kit Siang mendakwa Najib dengan ‘menyamakan Islam kepada kleptokrasi’ penipuan, kebencian, ketakutan, politik kaum dan agama yang tidak bertanggungjawab, ganas serta beracun hingga menyebabkan bekas pemimpin negara itu gagal dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), baru-baru ini.

Katanya, UMNO hilang kuasa dan kedudukan kerana sokongan majoriti pengundi Melayu dalam PRU14 beralih selepas melihat banyak pembohongan dan propaganda serta toksik Najib. – MalaysiaGazette