Polis menafikan mengeluarkan saman terhadap kenderaan yang dinaiki lebih daripada seorang apabila keluar membeli barangan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.-Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan mengeluarkan saman terhadap kenderaan yang dinaiki lebih daripada seorang apabila keluar membeli barangan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan ketika dihubungi Bernama menafikan insiden seperti itu berlaku di Puchong seperti yang tular di media sosial dan menurutnya berita itu adalah berita palsu.

Sejak semalam tular mesej menerusi aplikasi WhatsApp kononnya polis mengenakan saman sebanyak RM200 terhadap pasangan suami isteri di Puchong yang keluar membeli barang.

Mesej tersebut turut menasihatkan orang ramai untuk pergi bersendirian untuk membeli barang atau membungkus makanan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi turut menafikan pihaknya mengeluarkan saman ketika melaksanakan sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI).- BERNAMA

1 Komen

  1. Kpd sdra & sdri di luar sana TOLONG usah ‘mencipta’ cerita2 yg berunsur fitnah & memburukkn petugas2 penguatkuasa. Mereka bertugas siang malam demi utk memastikan seluruh rakyat selamat dr serangan COVID 19. Sifat2 ini masih lg menebal pd diri sesetengah drp mereka yg tidak tahu menggunakan akal dgn betul. Fikirlah penguatkuasa jg ada keluarga & perasaan, mereka korban masa utk bersama keluarga demi tugas. Mereka jg keletihan tanpa masa rehat yg cukup. Itu semua utk memastikn rakyat patuh pada arahan kerajaan – agar rakyat duduk di rumah. Jika anda ingin bebas seperti “haiwan” di hutan, maka dipersilakan ke hutan. Sudah pasti tidak ada pihak yg akn mengganggu aktiviti anda. Justeru itu, bertimbangrasa lah kpd pihak2 penguatkuasa, jika semua rakyat mengikut dan menurut arahan kerajaan sudah pasti tidak ada sekatan2 jalan raya.

Comments are closed.