Palestine Cola kini dipasarkan di Sweden.

LONDON – Dua saudara Palestin, Mohamed dan Ahmad Hassoun yang menetap di bandar Malmo di Sweden mengeluarkan minuman ringan bernama Palestine Cola, dengan tujuan untuk menderma keuntungan kepada rakyat negara itu.

Syarikat mereka, Palestine Drinks, dilancarkan pada Februari.

Pegawai media untuk Safad Food AB, Mohamed Kiswani berkata, Palestine Cola mewakili “simbol perpaduan.

Keluarga Hassoun berasal dari bandar besar Palestin – Safad.

Mereka dihalau dari bandar itu semasa mandat British pada tahun 1948 dan terpaksa tinggal di kem pelarian di selatan Lubnan, sebelum berpindah ke Sweden.

“Ketika musim sejuk di Malmo September lalu, dua beradik ini berbincang untuk cuba menghasilkan projek untuk membantu rakyat Palestin. Ketika inilah Palestine Drinks mula wujud.

“Pakar dan perunding dilantik untuk membantu keluarga yang memiliki sebuah syarikat kereta dan hartanah yang berjaya di Sweden tetapi tidak mempunyai pengalaman sebelumnya dalam industri makanan dan minuman.

“Pasar, restoran, kedai dan orang ramai mahukan alternatif kepada jenama yang lebih besar, jadi kami fikir mengapa tidak menjadikannya sebagai projek amal dan memanggilnya Palestine Drinks, untuk orang ramai mengingati nama itu dan berbangga dengan jenama itu,” kata Kiswani kepada Anadolu.

Tambahnya, minuman ini pada awalnya menyasarkan pasaran Sweden tetapi kini sudah dijual di Denmark dan Norway.

“Sebaik sahaja kami mengeluarkan sejuta tin, minuman ini serta-merta habis dijual. Jenama ini ini memasarkan dirinya sendiri,” kata Kiswani, sambil menambah bahawa faktor utama ialah orang ramai yakin bahawa kewujudan minuman ini untuk tujuan yang baik.

“Kami menerima kira-kira 900 pesanan daripada syarikat di seluruh dunia yang ingin menjadi pengedar. Kami belum sempat menjawab semua e-mel itu,” kata Kiswani.

Minuman ini tersedia dalam perisa asli, tanpa gula, oren dan limau, serta varian minuman tenaga. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here