Rajah lencongan jalan susur masuk sementara di persimpangan juru arah Utara

PULAU PINANG – Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan lencongan trafik dari jalan susur masuk ke arah Pulau Pinang – Alor Setar di Persimpangan Bertingkat Juru arah Utara, mulai 6 Oktober hingga 13 November ini.

PLUS dalam kenyataan hari ini berkata, lencongan itu untuk semua kenderaan bermula jam 12 tengah malam Khamis ini sehingga 11 malam, Ahad 13 November 2022 bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf kapasiti sistem perparitan sedia ada yang termasuk dalam Rancangan Tebatan Banjir bersebelahan  lebuh raya.

Sehubungan itu, orang ramai yang melalui laluan tersebut dinasihatkan merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini melalui aplikasi PLUS serta mematuhi had laju dan arahan papan tanda trafik ketika melalui kawasan terbabit. – MalaysiaGazette