Dua pemuda berpakaian lengkap 'pocong' ketika mengawal kampung kepuh. foto Reuters

JAKARTA – Sebuah kampung di Indonesia menggunakan sukarelawan yang berpakaian sebagai ‘pocong’ dalam usaha menakut-nakutkan penduduk agar tinggal di dalam rumah susulan penularan wabak koronavirus.

Sejak perintah itu dikeluarkan Kampung kepuh, di Pulau Jawa, telah membuat rondaan pada waktu malam sejak bulan lepas.

Indonesia setakat ini merekodkan mempunyai sekitar 4.500 kes dan 400 kematian akibat virus Covid-19, menurut Universiti Johns Hopkins.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan bahawa angka jangkitan sebenarnya jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Dalam cerita rakyat Indonesia, hantu yang dikenali sebagai

Menurut wartawan Reuters yang melakukan tinjauan semasa ‘pocong beraksi’ – taktik yang digunakan pemimpin kampung tersebut bertujuan mengurangkan penduduk keluar ketika Indonesia melaksanakan penjarakkan sosial.

Tindakan itu dibuat selepas mendapati masih masih ramai penduduk yang ingkar.

Namun, ternyata taktik itu berjaya apabila semakin ramai penduduk tidak lagi keluar rumah.

“Sejak pocong muncul, ibu bapa dan anak-anak tidak meninggalkan rumah mereka,” kata seorang penduduk Karno Supadmo kepada Reuters.

Malah, tiada lagi penduduk yang akan berkumpul atau berada di jalan-jalan selepas solat malam.

Inisiatif yang dibuat oleh belia kampung semata-mata untukĀ  membantu polis tempatan.