Portugal tiba di kem pasukan mereka di Kratovo, 40 kilometer di Moscow, Rusia sempena Piala Dunai 2018, semalam.
Portugal tiba di kem pasukan mereka di Kratovo, 40 kilometer di Moscow, Rusia sempena Piala Dunai 2018, semalam.

MOSCOW – Kehangatan Piala Dunia Rusia 2018 semakin dirasai apabila pasukan bola sepak Portugal tiba di kem mereka di Kratovo, 40 kilometer di sini semalam.

Portugal yang diketuai pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo  hadir awal bagi membuat persediaan menghadapi perlawanan pertama bertemu Sepanyol pada Jumaat depan.

Sesi latihan pertama anak buah Fernando Santos itu dijadual berlangsung hari ini.

Juara Euro 2016 itu diundi bersama Sepanyol, Iran dan Maghribi dalam kumpulan B.

Selain Portugal, anak buah jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli juga selamat mendarat di Moscow dengan penuh bergaya pada hari yang sama.

Diketuai kapten Lionel Messi, skuad Argentina bakal berentap bagi merebut trofi ketiga Piala Dunia yang kali terakhir diraih pada 1986 di Mexico.

Terkenal dengan jolokan Albiceleste, Argentina diundi bersama pasukan Croatia, Iceland dan Nigeria dalam kumpulan D.

Mereka bakal bertemu Iceland dalam perlawanan pertama kumpulan D di Otkritie Arena pada Sabtu depan. – MalaysiaGazette