SEOUL – Son Heung-min menandatangani kontrak baharu selama empat tahun dengan Tottenham Hotspur, perjanjian yang akan mengekalkan pemain warga Korea Selatan itu bersama kelab di utara London sehingga 2025.

Pemain berusia 29 tahun itu telah menjaringkan 107 gol dalam 280 penampilan pada semua perlawanan sejak beliau meninggalkan Bayer Leverkusen pada Ogos 2015.

Son menjaringkan gol pertama Liga Perdana Inggeris dan gol pertama Liga Juara-Juara di Stadium Tottenham Hotspur yang baharu pada April 2019.

Beliau turut membantu Spurs melangkah ke final Liga Juara-juara yang pertama untuk kelab itu pada tahun yang sama

Son menjaringkan 17 gol dalam 37 aksi liga bagi kempen 2020-21.

Kapten Korea Selatan itu dikaitkan dengan kelab Eropah lain sebelum ini namun beliau menyatakan mahu bersama Spurs. – Malaysiagazette