Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas hadir pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 05 NOVEMBER 2019.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan meminda undang-undang keselamatan drakonian termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam tempoh terdekat ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pindaan undang-undang itu akan dibentang di Parlimen pada sesi yang sedang berlangsung ketika ini.

Jelas beliau, sekiranya tidak sempat, pindaan itu akan dibawa ke Parlimen pada sesi Mac tahun depan.

“Terdapat keperluan untuk pinda undang-undang keselamatan drakonian ini walaupun tidak dapat dihapuskan tetapi ada perubahan pada bahagian seperti seperti menangkap dan menyimpan suspek tanpa didakwa.

“Pindaan akan turut melibatkan SOSMA secepat mungkin kerana kita kita dapati mungkin ada salah guna kuasa ke atas undang-undang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini malam ini.

Selain SOSMA, undang-undang keselamatan drakonian lain yang diamalkan di negara ini adalah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) serta Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

Mengulas lanjut, Mahathir mengakui, kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji memansuhkan SOSMA seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14.

Namun atas sebab beberapa faktor, beliau berkata, janji tersebut telah mengalami kelewatan proses perlaksanaan.

Beliau bagaimanapun berkata, pindaan itu tidak kaitan dengan penahanan 12 individu termasuk dua wakil rakyat DAP yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dituduh di bawah SOSMA baru-baru ini. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. tidak perlu digubal,ada hak asasi yg tak blh diambil dgn sewenang2nya,lbh2 lagi perihal keselamatan negara.

  2. Kembalikan ISA ..negara lebih aman.hanya org2 berkepentingan dan berkedudukan saja yg takut undang2 drakonian.

Comments are closed.