A healthcare working showing the CoronaVac Covid-19 vaccine manufactured by Sinovac during the National Covid-19 Immunisation Programme at KPJ Tawakkal Hospital in Kuala Lumpur. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 07 JUNE 2021. PICK Adolescents
Gambar hiasan

STOCKHOLM – Sweden terpaksa melupuskan hampir 8.5 juta dos vaksin terhadap Covid-19.

Dos yang dibuang bersamaan dengan kira-kira 20 peratus daripada dos vaksin yang diperoleh Sweden, menurut statistik Agensi Kesihatan Awam Sweden.

Radio Sweden yang memetik kenyataan bekas Penyelaras Vaksin Kebangsaan, Richard Bergstrom berkata, jumlah nilai dos yang dibuang sebanyak 1.5 bilion kronor Sweden (AS$143 juta).

Dos vaksin itu terpaksa dibuang kerana orang ramai tidak mengambil dos penggalak seperti yang dijangkakan.

“Orang rang ramai memilih untuk tidak ambil (dos penggalak) ketiga, keempat, atau kelima yang telah dibeli dan kini ia perlu dimusnahkan,” kata Bergstrom.

Sehingga Khamis, 88.2 peratus daripada semua individu berumur 18 tahun ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 86.4 peratus telah menerima dua dos atau lebih, menurut statistik Agensi Kesihatan Awam Sweden.

Menangani ketaksamaan vaksin Covid-19 global pada 2021, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, enam kali lebih banyak penggalak Covid-19 diberikan sehari secara global berbanding dos utama di negara berpendapatan rendah.

Negara yang mempunyai liputan vaksin tertinggi “terus menyimpan lebih banyak vaksin,” manakala “negara berpendapatan rendah terus menunggu” untuk suntikan.

Justeru beliau mahu “skandal’ ini mesti dihentikan sekarang. – Agensi