Kapal tangki Stena Impero. foto Agensi

DUBAI – Kapal tangki British yang dirampas Iran akan dibebaskan selepas selesai prosiding undang-undang terhadap kapal tersebut.

Iran merampas kapal itu berhampiran Selat Hormuz dengan dakwaan pelanggaran marin, dua minggu selepas tentera Britain menahan kapal tangki Iran dekat Gibraltar dengan dakwaan melakukan penghantaran minyak ke Syria, sekali gus melanggar sekatan Kesatuan Eropah.

“Saya harap prosedur akan dilengkapkan tidak lama lagi dan kapal tangki ini akan dibebaskan,” kata jurucakap Kementerian Luar, Abbad Mousavi.

Kapal tangki Iran yang ditahan tentera Britain telah dibebaskan dan Iran pula telah membebaskan tujuh daripada 23 anak kapal British yang bernama Stena Impero – masing-masing seorang warga Rusia dan Latvia manakala lima India.

Manakala baki 16 orang lagi masih kekal di dalam kapal sehingga nasib kapal tangki itu ditentukan.

Mousavi dipetik oleh agensi berita IRNA yang menyebut penghantaran minyak oleh kapal tangki Iran yang ditahan telah dilakukan di rantau Mediterranean.

Kapal tangki Adrian Darya 1 telah dikesan oleh satelit di pelaburan Tartus, Syria.

Iran sebelum ini berkata, ia telah menjual minyak dalam kapal tersebut dan pembeli akan memutuskan destinasi kargo tersebut. – MalaysiaGazette