HOLLYWOOD, CA - MAY 26: Actor Dwayne Johnson arrives at the Los Angeles premiere of "San Andreas" at TCL Chinese Theatre IMAX on May 26, 2015 in Hollywood, California. (Photo by Gregg DeGuire/WireImage)

AMERIKA SYARIKAT – Pelakon Dwayne Johnson atau dikenali The Rock dan keluarganya didapati positif Covid-19.

Superstar Hollywood, legenda WWE dan pemilik XFL semasa itu berkongsi ceritanya di Instagram.

Johnson mengatakan dia, isterinya, Lauren Hashian dan anak perempuan mereka, Tiana dan Jasmine dikesan positif Covid-19 dan mereka  ‘berjuang’ menghadapi selama hampir tiga minggu.

Keempat-empat mereka kini dalam pemulihan, kata Johnson.

“Kami sebagai keluarga baik. Kita melalui Covid-19 lebih kuat dan sihat. Percayalah saya,” katanya. – MalaysiaGazette