Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Sejak Isnin lalu, tiga lagi daerah di Semenanjung direkodkan sebagai zon merah penularan Covid-19.

Kawasan itu adalah daerah Timur Laut, Pulau Pinang dengan mencatatkan 178 kes positif Covid-19 diikuti Kubang Pasu dengan 42 kes.

Terbaharu adalah daerah Gombak yang mencatatkan 41 kes.

Daerah Kota Setar masih lagi menjadi zon merah tertinggi kes positif Covid-19 dengan 1,299 kes.

Dua lagi daerah sedia ada adalah Klang dengan 126 dan Petaling 97 kes.

Selebihnya, 11 lagi zon merah direkodkan di Sabah.

Daerah tertinggi mencatatkan bilangan kes positif adalah Semporna dengan 763 kes, Kota Kinabalu 532 kes diikuti Tawau dengan 447 kes.

Daerah Sandakan (345 kes), Tuaran (288 kes), Lahad Datu (191 kes), Kunak (111 kes), Papar (161 kes), Penampang (94 kes), Putatan (87 kes) dan Kota Belud (47 kes).

Ia menjadikan 16 zon merah direkodkan di negara ini dalam gelombang ketiga penularan Covid-19. – MalaysiaGazette