Najib Tun Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang diberi kontrak untuk mengendalikan operasi projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan kroni beliau.

Sebaliknya, pelantikan LTAT itu dengan tujuan membolehkan organisasi tentera mendapat pendapatan untuk veteran-veteran tentera yang telah berkorban demi negara.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau pelik mengapa menteri-menteri Pakatan Harapan tidak ada rasa mahu semasa berbohong walaupun jelas sudah terkantoi dengan fakta kukuh.

Tegas beliau, Khalid Samad sebenarnya tidak menjelaskan keadaan sebenar apabila membuat kenyataan ‘u-turn’ dengan menyebut bekas pembangkang sepertinya menentang AES kerana ia diswastakan.

“Tetapi apa yang Khalid Samad tidak beritahu ialah syarikat swasta yang dimaksudkannya ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di mana pencarum-pencarum LTAT adalah daripada kalangan anggota tentera Malaysia,, bukan mana-mana syarikat swasta ataupun kroni.

“Pembohongan ini bukan biashe biashe tetapi menidakkan veteran veteran tentera.,” kata Najib dalam hantaran terbaharu di Facebook.

uturn aes

Tetapi kerajaan Pakatan Harapan sudah mengambil balik projek ini dari LTAT dan semua wang saman yang dikutip kini masuk ke dalam Kementerian Kewangan.

Menurut beliau, harga yang dibayar oleh LTAT untuk mengambil alih projek itu juga dipersetujui mengikut jumlah aset termasuk kutipan saman belum dijelaskan dan tempoh konsesi mengikut perjanjian.

Dan, sehingga hari ini, tiada sebarang pendakwaan bahawa LTAT telah terlebih bayar.

Malah, Najib membetulkan kenyataan Khalid bahawa semua kutipan saman AES tidak dibayar kepada syarikat swasta.

Cuma caj servis sebanyak RM16 setiap keping saman dibayar kepada syarikat itu, manakala baki yang lain dibayar kepada kerajaan.

Ahli Parlimen Pekan itu juga sekali lagi memaklumkan projek AES sebenarnya dimulakan dan dipilih sebelum beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 2005.

“Jika Khalid berani, kalau dia beranilah, mungkin dia boleh tanya PM ke-4 tentang peranan beliau dalam projek ini)
https://weechookeong.com/…/aes-was-awarded-to-beta-tegap-s…/,” kata Najib.

Jelasnya, undang-undang hanya dipinda pada tahun 2012 untuk membolehkan syarikat swasta mengendalikan sistem AES dan oleh itu, perjanjian berkenaan hanya dapat ditandatangani dan berkesan pada tahun tersebut. – MalaysiaGazette